Malay Language
Malay Language
Di belakang: Cikgu Johan, Cikgu Shafiqah, Cikgu Diyanah, Cikgu Shahidah, Cikgu Farkhan
Di depan: Cikgu Norin, Cikgu Saedah, Cikgu Farah, Cikgu Zahirah
Visi: Setiap pelajar, pengguna Bahasa Melayu yang aktif, cekap dan berkeyakinan
Misi: Melahirkan pelajar yang aktif dan cekap berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta mencintai Budaya Melayu
Program Teras
Program Aplikasi Pembelajaran (ALP)
Sejak tahun 2019, Sekolah Rendah Xishan telah mula membangunkan dan melaksanakan sepenuhnya Program Aplikasi Pembelajaran (ALP) bagi membangunkan komunikator yang yakin melalui kewartawanan dan penyiaran media. Program ini bertujuan untuk memupuk kemahiran praktikal serta kebolehan murid agar mereka dapat memahami makna di sebalik pembelajaran dan mengekalkan semangat serta rasa ingin tahu terhadap ilmu.
Berpandukan rangka kerja “Keep Calm and Give”, Program Aplikasi Pembelajaran di bawah Unit Bahasa Melayu Sekolah Rendah Xishan menggunakan pendekatan progresif dengan merancang siri kursus yang rapi untuk menyerlahkan keupayaan bertutur murid dan memperkukuh kemahiran komunikasi mereka. Melalui program ini, murid dilatih menjadi komunikator yang berkesan dan yakin. Pelaksanaan program ini bagi murid-murid dari Primari 1 hingga Primari 6, memastikan perjalanan pembelajaran yang menyeluruh dan berterusan bagi semua murid.
Primari 1: Membina Keyakinan Diri Melalui Nyanyian Lagu Tradisional
Murid-murid melakukan aksi ataupun tarian mengikut irama lagu dan mempersembahkan lagu tradisional mereka di hadapan kelas.
Primari 2: Membina Keyakinan Diri Melalui Seni Teater
Murid-murid dibimbing untuk menyampaikan monolog dengan suara yang kuat, jelas dan menggunakan intonasi yang betul.
Primari 3: Membina Pemikiran Kritis dan Inovatif Melalui Persembahan Boneka
Murid-murid menyampaikan skrip cerita yang diolah dan diperbaharu dengan intonasi dan gaya suara yang menarik dan pelbagai. Murid-murid membuat persembahan boneka lidi di hadapan kelas.
Program Aplikasi Pembelajaran (ALP) dengan Penggunaan Teknologi Pembelajaran (EdTech)
Primari 4 & Primari 5: Membina Kemahiran Berfikir dan Mencipta Video Kewartawanan Menggunakan peralatan EdTech Canva
Murid-murid mencipta video menggunakan aplikasi Canva dan merakam diri membuat laporan mengenai tema yang diberikan
Primari 6: Membina Kemahiran Pengacaraan melalui Penciptaan Podcast
Murid menjadi pengacara yang berwibawa sambil menggunakan teknologi untuk berkongsi pandangan dan kisah mereka
Program Bacaan MTL SOAR
Program Bacaan MTL SOAR ialah satu inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) di sekolah rendah yang dimulakan pada tahun 2025. Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dalam bahasa ibunda murid. Akronim SOAR membawa maksud:
-
Spark Interest (Mencetus Minat)
-
Open Minds (Membuka Minda)
-
Appreciate Cultural Heritage (Menghargai Warisan Budaya)
-
Rise As Confident Readers (Menjadi Pembaca yang Yakin)
Program ini menggunakan aktiviti menarik seperti penceritaan dan reka bentuk buku untuk menggalakkan pembacaan serta membantu murid mengembangkan kemahiran penting.
Lain-lain Program
Semarak Budaya
Semarak Budaya ialah program yang dijalankan untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka mendalami bahasa dan budaya Melayu. Contoh-contoh aktiviti menarik yang dijalankan adalah permainan tradisional, muzik, seni kraf tangan, dan persembahan drama. Program ini bertujuan untuk memupuk minat dan cinta akan bahasa serta warisan budaya Melayu di luar bilik darjah, dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman yang interaktif bagi menjadikan proses pembelajaran lebih autentik, bermakna dan menyeronokkan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Konsert Hari Raya Aidilfitri meraikan keindahan budaya dan tradisi Melayu melalui muzik, tarian dan lakonan. Persembahan seperti zapin, joget dan lagu-lagu raya menghidupkan suasana meriah serta membangkitkan kenangan indah. Acara ini turut menonjolkan adat bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung dan busana tradisional. Selain menghiburkan, konsert ini mendidik generasi muda tentang warisan yang perlu dipelihara dan memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat.
Pendedahan Teater
(Gambar : Pendedahan Teater 'Hantu Kaki Kotor' bagi murid-murid pada tahun 2024)
Pendedahan teater memberi peluang kepada murid Darjah 6 untuk menonton dan menghargai seni lakonan. Melalui pengalaman menonton, mereka dapat memahami bagaimana dialog, pergerakan, ekspresi wajah dan elemen pentas digabungkan untuk menyampaikan jalan cerita dengan berkesan. Aktiviti ini membantu murid mengembangkan kreativiti, kemahiran pemerhatian dan penghayatan terhadap seni persembahan. Menonton teater juga membina empati, pemikiran kritis dan keyakinan untuk berkomunikasi dalam situasi sebenar.
Peraduan dan Pertandingan
Pesta Bahasa Utara
Pesta Bahasa Utara ialah fiesta tahunan Bahasa Melayu yang menjadi wadah bagi murid untuk meraikan dan menonjolkan bakat mereka dalam bahasa dan budaya Melayu. Melalui pelbagai pertandingan berunsur budaya, murid berpeluang untuk mengasah kemahiran berbahasa, meningkatkan kreativiti serta keyakinan diri, sambil berkongsi kecintaan mereka terhadap warisan Melayu.
Rentas Pantas
Rentas Pentas ialah acara tahunan Bahasa Melayu yang menjadi wadah bagi murid-murid meraikan dan menonjolkan bakat mereka dalam bahasa dan budaya Melayu. Melalui pelbagai pertandingan berunsurkan budaya ini, murid berpeluang mengasah kemahiran berbahasa, meningkatkan kreativiti serta keyakinan diri, sambil berkongsi kecintaan mereka terhadap warisan Melayu.
Pertandingan TeeVers (Peringkat Nasional)
Pertandingan tahunan ini dianjurkan khas untuk murid sekolah rendah yang dilantik sebagai Rakan Bahasa. Peserta dikehendaki menulis skrip drama audio selama tiga minit berdasarkan tema yang diberikan dan menghidupkannya melalui vokalisasi serta penceritaan kreatif menggunakan platform The Vactors Club.
Pertandingan Pidato Budiman Bestari
Pertandingan Pidato Budiman Bestari ialah pertandingan antara sekolah yang bertujuan untuk memupuk kemahiran bertutur Bahasa Melayu dengan fasih, keyakinan diri dan pemikiran kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah. Sebagai sebahagian daripada sesi persiapan pertandingan, para peserta turut menghadiri segmen perkongsian khas tentang kemahiran berpidato yang memberi mereka dorongan untuk mengatasi rasa gementar, bertutur dengan jelas serta menyampaikan idea dengan penuh keyakinan.